Kehidupan Mulia Nabi Muhammad SAW (Ar-Raheeq Al-Makhtum)

Product Description

Buku ini telah dikarang oleh Shaikh Safiur-Rahman Mubarakpuri dari Banaras (India). Pada tahun 1976, konfrens pertama tentang Sirah Nabi Muhammad s.a.w. telah berlangsing di Pakistan yang ditaja oleh Liga Muslim Dunia. Liga ini telah menganjurkan pertandingan menulis Buku Biografi junjungan besar Muhammad s.a.w. Sebanyak 171 naskhah manuskrip telah diterima dari seluruh dunia dan “Ar-Raheeq Al-Makhtum” telah mendapat tempat pertama atas sebab himpunan kisah-kisah dan hadisnya yang sahih dan benar.

Justeru itu, ia merupakan salah satu hasil karya yang terbaik dan paling lengkap tentang sirah Rasulullah s.a.w. Maka kami memilih buku ini dalam usaha untuk memanjangkan lagi dakwah Islamiah dengan menterjemahkannya ke dalam Bahasa Melayu. Kami berharap ia akan dapat memberi kefahaman yang lebih jelas dan mendalam kepada pembaca di Malaysia dan seluruh negara di rantau Asia Tenggara. Tajuk buku ini datangnya dari ayat Al-Quran, Surah A-Mutaffifiin: “Yusqawna mirraheq-(in)-makhtum-in” (bermaksud “mereka diberi minum dari satu minuman yang terpelihara bekasnya”). Insyaallah, jika anda mula membuka buku ini, anda akan berasa berat untuk menuntupnya kembali. Ini kerasa anda akan terpesona dengan kehebatan peribadi Rasulullah s.a.w. dan para sahabatnya. Percayalah, titisan air mata akan mengalir tanpa disedari.

Weight 1.2 kg
Dimensions 24 × 17 × 4 cm
Author

Nor Aini Ismam & Ust. Ishak Ibrahim (Penterjemah & Penyunting), Saif ur Rehman Mubarikpuri

Binding

Hardcover

ISBN

9789675699689

Pages

685

Publisher

Dakwah Corner Bookstore

Published

2021



$45.00 SGD $49.00 SGD
Maximum quantity available reached.

You may also like